AKU, DIA & PAKU
Hari ini ibu bercerita.Cerita ibu bermula bila
mendengar aku berkeluh kesah & marah-marah.
Kata ibu, “Ibu mungkin perlu belikan Fazal banyak paku”
Aku mengerut dahi seraya bertanya “Paku?Untuk apa paku,Bu?”
Ibu mula bercerita..
“Dulu ada seorang lelaki yang pemarah dan terlalu sukar mengawal kemarahannya walaupun hanya berdepan dengan masalah yang kecil,dia amat senang untuk marah.Pada satu hari ibunya menghadiahkannya sebungkus paku”
“Ibunya mengarahkannya untuk memaku tembok batu di hadapan rumahnya setiap kali dia marah bagi melepaskan amarahnya.Pada hari pertama saja anaknya sudah memaku berpuluh paku pada tembok batu itu."
"Selepas beberapa minggu,jumlah paku yang digunakan semakin berkurangan dengan berkurangnya kemarahannya.Dia dapati dia lebih mudah mengawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok itu."
"Akhirnya suatu hari,dia langsung tidak marah walau sekali dan terus meberitahu ibunya tentang berita gembira itu dan ibunya mengucapkan tahniah."
"Kali ini ibunya mengarahkannya supaya mencabut kembali paku-paku di dinding itu satu-persatu,pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari,akhirnya dia berjaya mencabut ke semua paku yang pernah dipakunya sebelum ini.Dengan penuh bangga dia memberitahu ibunya."
Ibunya lantas memimpin tangannya ke tembok besar itu dan berkata :
“Kau telah melakukannya dengan baik,anakku tetapi lihatlah kesan lubang-lubang pada tembok itu.Tembok itu tidak akan kelihatan sama seperti sebelumnya.Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah,ia akan meninggalkan kesan parut dan luka,sama seperti ini.”
“Ingatlah anakku,walau berapa kali sekalipun kau memohon maaf dan menyesali perbuatanmu,lukanya masih tetap ada.Luka hati lebih pedih dari luka zahir”
Aku terduduk lantas memohon ampun pada ibu,walau kutahu kesannya akan terus terpalit pada hati ibu.Aku akan terus memohon ampun pada ibu,pada abah,pada semua yang pernah aku sakiti dengan bahasa atau fizikal,dengan sengaja atau tidak,dalam sedar atau tidak sehingga hujung nyawaku.Aku berazam untuk mengawal kemarahanku dengan sedaya mampu kerana aku mahu jadi orang yang Rasulullah kata orang yang benar-benar gagah,iaitu orang yang mampu mengawal amarah.
AbdiNya yang hina,