DIAM
DAN KHUSYUKLAH
MENDENGAR
BACAAN AL-QURAN
Assalamu’alaikum dan salam satu Aqidah kepada semua, khususnya para da'ie seperjuangan moga dirahmati Allah. Semoga setiap saat masa yang digunakan untuk membaca halaman
perkongsian ilmu ini dapat memberi kesan kerohanian dan mendapat ganjaran
kebaikan di sisi Allah.
Lapangkanlah sedikit masa daripada 24 jam yang Allah pinjamkan
seharian kepada kita untuk membaca al-Quran, ataupun sekurang-kurangnya kita
mencari peluang untuk mendengar bacaan al-Quran, tenangkanlah hati kita dengan
mendengar bacaan al-Quran. Semoga dengan sedikit usaha yang kita lakukan itu
boleh membawa kepada keredhaan Allah seterusnya muncul ketenangan di dalam jiwa
dan menimbuhkan rasa kebahgiaan, kedamaian serta keyakinan yang teguh kepada
kebesaran Allah s.w.t .
Baginda Rasulullah s.a.w sendiri sangat senang mendengar al-Quran
dibacakan oleh orang lain, kerana hati Baginda mudah tersentuh lebih-lebih lagi
dengan mendengar bacaan para sahabat yang sesuai dengan kaedah tajwid beserta
suara yang merdu. Baginda selalu meminta para sahabat untuk memperdengarkan
bacaan al-Quran untuknya. Begitu juga apabila al-Quran diturunkan, Baginda
merasa bahagia dan tenang hatinya. Kepelbagaian
masalah hidup, kegelisahan dengan pengaruh persekitaran tidak sihat
berkemungkinan boleh menggoyahkan keimanan kita. Dalam keadaan seperti itu
insyaAllah ketenangan hanya kita perolehi di dalam Kitab Allah serta zikir
kepada-NYA.
Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan
zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang
tenteramlah hati manusia.
(Surah Ar-Ra’d :28)
Suatu kisah ingin saya kongsikan, yang mana pada suatu hari Baginda
Rasulullah s.a.w meminta Abdullah bin Mas’ud untuk membaca ayat dari surah
an-Nisa’. Sebaik sahaja ayat-ayat itu dibacakan, Baginda Rasulullah s.a.w sudah
mula menangis hingga air mata Baginda membasahi pipinya. “cukup, cukup buat
masa ini” pinta Baginda kepada sahabatnya Abdullah bin Mas’ud supaya
menghentikan bacaannya.
Dalam diri Baginda sememangnya terdapat teladan yang baik,
contohilah amalan Baginda. Moga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang
dalam kerugian dengan menjadikan siang dan mala tanpa membaca atau mendengar
Kalam Allah wlaupun sedikit, insyaAllah walaupun hanya mendengar sahaja, moga
ia tetap dinilai di sisi Allah.
Sekian
sahaja perkongsian buat kali ini, moga kita mendapat sedikit manfaat bersama dari
secebis nukilan di atas. Perlu kita ingat juga pelajar cemerlang, adalah juga mereka
yang cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya.
Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.
Semoga bermanfaat, wallahua’lam
wassalam.
Saiful
Ahmad

No comments:
Post a Comment