Terdapat sebuah cerita menarik yang dikisahkan
ramai. Kisah seorang lelaki pemarah. Lelaki itu tidak dapat mengawal
kemarahannya walaupun dalam situasi kecil sahaja. Marahnya sukar
dibendung.
Satu ketika,
bapanya menghadiahkan seguni paku. Lantas dengan hairan lelaki itu bertanya
kepada ayahnya, "apa gunanya paku-paku ini ayah?"
Ayahnya dengan tenang
menjelaskan, "setiap kali kamu marah, paku tembok batu dihadapan rumah
kita dengan paku itu bagi melepaskan kemarahan kamu."
Pemuda itu mengikut
pesanan ayahnya. Hari pertama sahaja pemuda itu sudah memaku sebanyak 37 batang
paku di tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, dia dapat
mengurangkan rasa marah. Jumlah paku yang digunakan semakin hari semakin
berkurang. Akhirnya, dia mendapati, lebih mudah mengawal marah daripada memukul
paku yang menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya pemuda tersebut langsung tidak marah walaupun sekali. Dia lantas dengan rasa gembira memaklumkan kepada bapanya. Bapanya terus mengucapkan tahniah dan meminta dia mencabut kembali paku itu satu persatu setiap hari. Hari berganti hari dia berjaya mencabut semua paku di tembok tersebut.
Akhirnya pemuda tersebut langsung tidak marah walaupun sekali. Dia lantas dengan rasa gembira memaklumkan kepada bapanya. Bapanya terus mengucapkan tahniah dan meminta dia mencabut kembali paku itu satu persatu setiap hari. Hari berganti hari dia berjaya mencabut semua paku di tembok tersebut.
Selesai tugasannya,
dia memaklumkan hal itu kepada ayahnya dengan rasa bangga. Bapanya lantas
memimpin tangan lelaki itu menuju ke tembok tersebut dan
berkata, "kau melakukannya dengan baik anakku, namun lihatlah kesan
lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelum ini.
Apabila kamu menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, pasti akan meninggalkan kesan parut dan luka sama seperti di tembok ini. Kamu boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Namun luka itu masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka fizikal. Insan di sekeliling kita adalah permata yang sukar ditemui.
Mereka membuatkan kita
ketawa dan mendorong kejayaan kita. Sahabat juga mampu menjadi seorang
pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya
kepada kita.
Sabda Nabi dalam hadis
yang lain: "jauhilah kemarahan kerana marah adalah bara api yang menyala
dalam hati anak adam". Lihatlah bagaimana jika seseorang berada dalam
keadaan marah. Pasti mukanya tegang. Rasulullah menerangkan: "kemarahan
itu daripada syaitan. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Api
hanya dapat dipadamkan dengan air. Apabila marah dengan seseorang maka
ambillah wuduk".
Saiful Ahmad


No comments:
Post a Comment