Thursday, January 3, 2013

MUHASABAH CINTA 2012 1

MUHASABAH CINTA 2012

Part 1 : YANG TERINDAH dalam kenangan..
SAAT BERGELAR IBU : Nukilan Oleh : Annur Iman 

…suami yang tidak berjihad, tidak akan berpeluang merasa sakit seperti sakitnya seorang isteri ketika melahirkan anak.. – Aku Terima Nikahnya, Ust Hasrizal Abdul Jamil

Waktu saya disahkan mengandung, sebenarnya saya dan suami memang tidak menyangka secepat itu saya mengandung. Alhamdulillah, bunting pelamin orang kata.. :) :) Seperti bakal-bakal ibu yang lain, saya dan suami ambik tahu selok belok penjagaan diri sewaktu mengandung, termasuk makanan yang baik untuk kandungan, pantang larang sewaktu mengandung dan lain-lain lagi.

Memang waktu tu, hal-hal tradisional dan moden bercampur-campur. Banyaklah pantang larang orang-orang tua bercampur dengan nasihat nurse dan doctor, tambah dengan maklumat-maklumat di internet dan media juga. Tak boleh makan itu, tak boleh buat ini. Tak boleh angkat yang berat-berat. Kena banyak makan buah dan sayur. Banyak minum susu, ambil makanan berkhasiat mengikut pyramid makanan, jangan minum air tebu, jangan makan nenas dan tapai dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana merasai nikmat ‘alahan’ waktu mengandung. Kata abah (mertua) lebih kurang, ‘ibu mengandung, kalau tak rasa alahan, tak ada apa-apa adventure la time mengandung’. Alhamdulillah saya alahan hampir 8 bulan usia kandungan. Ya, saya setuju sangat dengan pandangan abah itu. Alahan itu bukan tanda ibu mengandung lemah. Tetapi alahan tu sendiri adalah untuk menguatkan lagi kandungan agar tidak berlaku keguguran di samping ia dapat menjaga kesihatan ibu dalam mengambil makanan yang baik untuk kandungan.

http://perindusyahidfillah.blogspot.com/2012/04/subhanallah-walhamdulillahbertuahnya.html

Jadi pada bakal-bakal ibu yang mengalami alahan, jangan takut untuk menempoh fasa alahan ketika mengandung. Ia nikmat n tarbiyah ALLAH. Subhanallah..Malah alahan waktu mengandung itulah sebenar-benar tarbiyah ALLAH untuk ibu mengandung. Mudah-mudahan, semakin kuat tarbiyah itu, anak yang bakal lahir nanti merupakan anak-anak yang soleh dan solehah, insya-ALLAH.. AMin..

Alhamdulillah, terima kasih pada suami yang begitu memahami saya. Walaupun kami sering berjauhan (suami di KL, saya di Kedah sepanjang mengandung) namun hati kami sentiasa berpadu kasih fillah. Malah kasih itu bersemi bak bunga yang sentiasa kembang dan mengharum.

Sepanjang berada di Kedah, Alhamdulillah, apa yang saya nak makan, semuanya saya dapat. Memang emak saya sangat memahami selera anaknya ini. Memang masakan emak tiada tandingannya. Selalunya, apa yang saya rasa nak makan, belum sempat saya cakap, emak sudahpun membeli atau memasakkannya. Subhanallah, naluri seorang ibu begitu kuat kan. Hanya seorang ibu betul-betul memahami anaknya. Ayah pula tidak jemu-jemu membawa saya ke klinik setiap bulan untuk pemeriksaan kesihatan ibu mengandung.

Alhamdulillah dengan kurniaan ibu bapa yang begitu memahami dan menyayangi saya. Lalu setiap hari saya berdoa semoga anak yang dalam kandungan saya itu lahirnya menjadi anak dan cucu yang soleh solehah, penyejuk hati.

“Ya ALLAH, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil.. Amin Allahhumma Amin..”

Setiap hari saya berdoa dengan doa ini untuk ibu bapa saya. Mudah-mudahan, esok-esok anak-anak saya pula yang mendoakan saya dan suami dengan doa itu.. insya-ALLAH…

Bersambung ke Part 2, insya-ALLAH………..

No comments: