Thursday, January 3, 2013

MUHASABAH CINTA 2012 2

MUHASABAH CINTA 2012

Part 2 : YANG TERINDAH dalam kenangan..

SAAT BERGELAR IBU : … Nukilan Oleh : Annur Iman 

Sabda Rasulullah saw :

" Di antara tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya ada tiga iaitu pertama memberikan nama yang baik , 


kedua, mengajarkan tulisan (ilmu dan adab ) dan ketiga mengahwinkan apabila telah baligh".

Setelah kandungan mencecah usia enam bulan dan ke atas, mulalah saya dan suami mencari-cari nama-nama 


yang baik untuk anak lelaki dan anak perempuan. Ada adik-adik meneka lelaki berdasarkan mimpi. Ada pula 

saudara mara yang meneka lelaki @ perempuan berdasarkan bentuk perut. Namun hanya ALLAH yang Maha 

Mengetahui. Mulanya kami ada scan beberapa kali. Pertama kali scan, tak dapat dikenalpasti. Kedua scan, kata 

doctor, baby kami perempuan namun doctor tak dapat nak confirmkan. Ketiga scan, tak nampak juga kerana kata 

doctor baby lindung dengan kaki. Ada juga saudara mara yang cakap, kalau lindung kaki tu maknanya baby tu 

pemalu. Pemalu kan menyamai sifat semulajadi perempuan. Mungkin anak kami perempuan. Akhirnya scan kali 

ketiga, doctor cakap lelaki.

Namun kami tidak berharap. Lelaki atau perempuan, tetap kami terima sebagai hadiah cinta dari ALLAH untuk 


kami, sebagai permata akhirat kami. Berbulan jugak kami membahaskan nama di samping solat hajat dan 

istikharah untuk kedua nama yang dipilih untuk nama anak lelaki dan nama anak perempuan. Subhanallah, 

memang memiliki satu nama itu adalah nikmat. Kerana bukan mudah nak menetapkan satu nama untuk seumur 

hidup dunia akhirat. Barulah terasa beruntung sungguh diri sendiri memiliki satu nama yang diberikan ibu dan 

bapa, Alhamdulillah..

Alhamdulillah, akhirnya kami menetapkan keputusan. Menamakan anak perempuan (jika perempuan) Es Nurul 


Misykah AL-‘Ulya. Nama ‘Misykah’ tu cetusan dari detikan hati suami menerusi ayat 35, surah An-Nur. Manakala 

nama ‘Nurul’ sebab saya suka maksudnya ‘cahaya’. Al-‘Ulya pula diambil dr satu ayat (tak dapat dikenalpasti surah 

apa), kerana sepanjang mengandung, setiap malam saya mendengar bacaan surah tersebut. Nama untuk anak 

lelaki biarlah jadi rahsia sehingga tiba kelahiran anak lelaki akan datang, insya-ALLAH (doakan ya). Namun 

diletakkan Engku Syed@Syarifah di hadapan nama kerana permintaan dari umi dan abah (mertuaku) untuk 

menjaga keturunan. Kami menurut saja apa yang baik, mudah-mudahan dalam redha ALLAH, insya-ALLAH.

Alhamdulillah, menjelang kandungan yang sudah melepasi 9 bulan waktu tu, memang suami sudah berada di sisi 


saya di Kedah. Debar menunggu hari ‘sakit’ tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Setiap hari dari bulan-bulan 

awal mengandung dulu, memang saya banyak berdoa, mudah-mudahan, ALLAH pemudahkan urusan saya 

bersalin, selamat semuanya. Walau bagaimana susah dan payah pun, saya berdoa, mudah2an saya mampu 

melaluinya, insya-ALLAH..

Saya mencongak-congak, last uzur saya, bulan Islam, 29 Safar 1433, jadi kalau ikut tarikh bulan Islam, ketika 


kandungan saya mencecah usia 39 minggu (bulan Melayu), kandungan saya sudah cukup 9 bulan 10 hari pada 

hari itu. Dan tarikh tu jatuh pada 26 Sept 2012 bersamaan 10 Dzulkaedah 1433. Namun tiada pula tampak tanda-

tanda saya akan bersalin pada hari-hari sebelumnya. Tiada turun darah @ air dan seumpamanya. Jadi, kata 

suami, dia menjangkakan mungkin lambat lagi saya akan bersalin. Namun pada tarikh 24 Sept 2012, Isnin, malam 

itu saya sedikit merasa sakit di bahagian ari-ari, seumpama rasa seperti baby mengeliat di dalam perut. Sekejap-

sekejap saja rasanya.

Namun menjelang malam, macam kerap pula rasa itu datang dalam setengah jam sekali. Suami yang baru balik 


dari masjid malam tu, macam serius tak serius saja lihat saya yang asyik tak habis-habis berjalan pusing-pusing 

ruang tamu hingga dapur. Namun menjelang tengahmalam saya tak boleh tidur kerana saya rasa tak selesa 

waktu baring, masih rasa sakit di ari-ari. Sakitnya sekejap-sekejap datang dan pergi. Menjelang tengahmalam, 

kasihan melihat keadaan saya yang tak boleh berbaring, suami pergi mengambil wuduk. Dia mengajak saya 

duduk di kusyen ruang tamu. Saya duduk diam-diam di sisinya. Suami terus membuka al-Quran, membaca surah 

Alfath dan Luqman sambil memegang perut saya.

Usai membaca doa, kami masuk tidur. Namun saya kerapkali terjaga tidur juga bila ‘sakit’ itu datang. Setiapkali 


rasa sakit, setiapkali itulah suami bangun, pegang perut saya dan bacakan doa. Alhamdulillah, walaupun rasa 

sakit, saya gagahi juga bangun qiam pada pagi itu bila mengenangkan mungkin itu qiam ‘terakhir’ saya. Ajal maut 

itu di tangan Tuhan. Perlu ada persediaan menyamai persediaan mahu berperang. Perlu kekuatan rohani, mental 

dan fizikal. Namun kami masih belum ke hospital sebab masih tiada tanda-tanda saya akan bersalin. Hanya rasa 

sakit di ari-ari itu aje yang datang dan pergi.

Menjelang subuh, saya maklumkan hal sakit itu pada kakak ipar yang sudah berpengalaman 3x bersalin. Kakak 


ipar menggesa saya ke hospital waktu itu juga. Tapi saya masih relaks sebab sakit sudah terasa sedikit 

berkurangan sehingga saya masih sempat lagi menggoreng mee sanggul di dapur pagi itu. Tekak masih mahu 

makan mee goreng itu bila merasakan mungkin itu makanan terakhir saya (jika saya bersalin).

Hujan renyai-renyai di luar rumah. Melihat saya macam dah ‘ok’, suami saya relaks saja.

‘Sayang confirm ke nak pergi hospital jugak? Abang rasa macam sayang tak bersalin lagi. Sakit lagi ke?’

‘Hm..Entah la abang. Dah rasa kurang sikit dah sakit tu. Rasa macam tak payah pi hospital pun tak apa kot. Tapi 


kak umie (kakak ipar) suruh pi jugak. Pi check ja, takut apa-apa jadi kat baby sebab im rasa sakit malam tadi tu.’

‘Hm..Ok. Abang ikut je. Tapi abang rasa sayang tak bersalin lagi kot’.

Pagi tu kami siap-siap selepas bersarapan. Oleh kerana sejuk, pagi tu memang saya tak mandi. Sebab niat saya 


pergi hospital untuk buat check aje. Malah sepanjang perjalanan ke hospital pun saya dah tak rasa apa-apa sakit 

dah. Waktu tu memang rasa confirm akan kena balik rumah semula. Tapi saya dah bawa sekali barang-barang 

baby dan barang-barang saya. Untuk apa-apa kecemasan. Itu memang nasihat nurse dan doctor.

Seawal jam 8.30 pagi kami bertolak ke hospital. Sampai di sana lebih kurang jam 9.30 pagi. Saya dan mak turun 


dulu sementara suami mencari parking. Agak lama juga kami menunggu suami hingga saya dan mak saya sudah 

dua kali ke tandas, tapi suami saya masih tak muncul-muncul juga. Katanya tempat parking full. Tak ada parking. 

Memang ramai orang di hospital.

Saya mesej begini pada suami,

‘Hm..Nasib la im tak bersalin lagi, kalau tak dah tentu kelam kabut’.

Mood nak buat check terus hilang. Rasa sakit dari semalamnya tu pun dah tak rasa dah. Letih menunggu pulak. 


Namun saya tetap bertekad mahu buat check juga. Akhirnya hampir jam 10.30 pagi, barulah suami muncul. Lama 

betul suami saya cari parking sedangkan saya dan mak saya hanya menunggu di lobi hospital.

Kemudian, kami ke tempat check. Lama juga menunggu. Waktu tu barulah sakit di ari-ari tu kembali terasa 


sekejap-sekejap. Bila buat check, rupanya waktu tu servik dah terbuka 2cm. Subhanallah..Saya macam tak 

percaya. Betul ke saya dah nak bersalin? Bila tanya doctor, saya memang ditahan dan dah kena masuk wad. 

Dalam keadaan terpinga-pinga, saya keluar bertemu suami sekejap.

‘Macam mana? Kena balik?’

Saya menggeleng dengan senyuman. Suami buat muka terkejut.

‘Servik dah buka 2cm. Im kena tahan. Sat lagi im dah kena naik wad. Nanti abang bawa barang-barang im dan 


barang baby naik wad. Tingkat 7’.

Bergetar hati saya menyebut perkataan ‘barang baby’. Di hati terdetik, ‘Subhanallah, aku dah nak jadi ibu…’ Lalu 


saat itu lidah hati saya mula dilebatkan dengan zikrullah yang tak putus-putus.

‘Alhamdulillah.. Eh, sayang dah nak bersalin ke? Bila agak-agak?’

‘Insya-ALLAH malam ni kot’.

Saya tak tahu apa perasaan suami saya waktu tu. Namun dalam hati saya berdebar-debar. Saya akan jadi ibu 


dalam tempoh kurang 24 jam lagi. Dalam hati saya berbisik, ‘abang, doakan im dan anak kita’..



No comments: